Showing posts with label Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts

August 1, 2012

:: ♥ Selamat hari Susu Ibu Sedunia ♥ ::

Selamat Hari Susu Ibu §edunia pd semua sahabatku.. Syukur anak2 Mama (Adam, Adeeb & Adeenia) mbesar dgn sehat berkat rezeki yang Allah berikan.. Perjuangan ini belum selesai dan moga Allah sentiasa merahmati ibu2 semua...amin!


September 11, 2011

Walau di hutan, BF tetap dihatiku !!


Salam sume,
Just nak share a sweet moment
Utk all mommies out there..
Actually wawa kt tengah hutan ni
Sedang jlnkn tugas as usual la
Ape lg klu x travel + organize training
And also jlnkn tgjwb as mummy
.. Baru je pas pumping session..
Syukur dpt 5oz even dlm hutan kt resort ni..
So no more excuse ye mommies sume!!
..Happy Pumping..
..Adios and W'salam.. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

September 9, 2011

Citer Sedih : Ibu tak sayang anak

Assalamualaikum sume,
ari ni wawa nk share story
sedih yg x henggat nyer
ape perasaan korang bile IBU/MAMA/UMMI
x syg kt kita or just ignore kt kita
..sure sedih giler kn..
apakan lagi bile seorang
kanak2 yg masih kecil dipinggirkn
oleh ibunya hanya kerana
mengejar kecantikan didunia
Ya Allah, ade gak manusia camtu 
kt dunia ni ya..
mari kita hayati citer ni
dari sorang rakan FB wawa..

"tgh hari semalam g taska...biase la rutin harian...ape lagi kalo x df baby annur alma hafiya dan bermain2 ngn anak2 taska dan abg long muhammad aqil khair...tetibe sy didatangi zakuan...sblm nie sy ade post pasal zakuan yg kurang mendapat kasih syg mak ayah dia...yg sy kene hon2 ngn parent dia mase pepagi hantar anak ke taska tu....sape yg penah bace post pasal tu...sila angkat kaki...ehehhehe camni... tgh df alma, zakuan pun dtg kat saye...dia ckp 'ummi....ummi wat pe tu??? ' sy pun ckp 'ummi tgh nenen baby alma....kenape syg???' smua anak2 taska sy biase panggil diorang syg2 nie... ehhehehe pastu dia ckp 'wan nak nenen jugak boleh??' sy ckp 'haaaaaa???? wan nak nenen??? wan nenen dgn mama wan ye' dia pun cpt2 geleng pala... 'wan nk nenen ummi...nak susu ummi' ... assssssssssssss sudahhhhhhhhhhhhhh camner nie....ngamuk2 dia...smpai aqil khair sy pujuk dia pun x jalan...cikgu dia pun bwk zakuan ke tmpat lain...main2...sy da sedih mase tu... cikgu dia pun citer.... 'zakuan x pernah rase susu mak dia ummi...aritu k.ana (cikgu ana) tanye jugak mase dia hantar zakuan time baby dulu...'isap susu bdn ke?' mak dia ckp 'x lah...x pernah bagi....dari lahir minum susu tin...susu bdn buang je...x nk bg sbb nnti tetek jatuh...bengkak susu... jadi buang je lah' nangessssssssssss sy dengar citer cikgu tuh.....patut la tiap kali sy datang, zakuan slalu duk sbelah sy...cikgu dia ckp pas raye nie dia x minum susu tin dah....ntah, dia x mo....dia kate nak susu nenen ummi jugak...pastu mak dia buat air soya kotak tu, letak dlm botol susu dia...kadang2 sirap, kadang2 ribena...pg td nmpak mak dia letak air sirap dlm botol dia...dia nmpak sy ckp nak susu ummi...ape lagi..mak dia dengar lah....sy pun panik jugak, takot kene marah ngn mak dia kan...pastu sy stay main2 dulu sbb sy hantar anak kul 7.30...dari taska ke tempat keje dlm 7 minit je, so sy bertolak dari taska dlm kul 7.45 camtu...mak zakuan mcm biase la...letak je anak kat parking kete, terkulat2 la anak dia, pastu dgr zakuan ckp nak nenen ummi nak susu ummi..dia ntah dengar ke tak ntah, terus blah je naik kete g keje...tanpa peluk cium slm syg kat zakuan tu...terkulat2 la budak tu kat bwh...sy lak yg dukung dia bwk naik atas beranda...dia peluk sy kuat sgt...smbil kiss pp sy, slm peluk cium sy...anak2 sy lak x kesah, mebi diorang pun kesian kat zakuan....ntah la...zakuan nie same nam engn husband sy...pun name zakuan jugak....tu lah citer sy yg meruntun jiwa...."

keluar mengalir air mataku
lepas baca entry dr mber ni
Ya Allah kau bukakanlah pintu hati
Ibu kepada Zakuan untuk berubah
tunjukkan kekuasaanmu Allah
moga2 Zakuan menjadi anak yg Soleh
..amin..


sumbangan entry ikhlas dr NORZAKIA ZAINI




August 16, 2011

Puasa bukan Alasan !!

Salam n slmt bpuasa sume,
Today wawa nk share ckit,
Entry khas ttg BF (mmg aku suke pong),
Tepat jam 10.30pg td , اَلْحَمْدُلِلّهِ berjaya
Dpt 10oz hasil tenusu within 10mnt je,
That's mean x da alasan bulan pose
X leh nk dpt susu yg meriah!!

Syukur sgt dgn rezeki dari Allah..
Kau permudahkanlah perjalananku
Untuk menyusui anak-anakku Ya Allah!
So far spnjg bulan pose susu sentiasa ada
Walaupun sikit tetap ada utk Adeeb..
Semoga usahaku ini motivate & inspired mommies kt luar
Utk trus BF ur baby ..آمِّينَ!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

August 8, 2011

:: Susu Ibu Tidak Akan Menyebabkan Anak Obes ::

Baby Anda Obes??????

Salam sume,
ari ni nk share skit psl
baby / anak yg obes
rmai sgt yg tny apsl Adeeb besor + tembam sgt
wawa jus bgtau adeeb is fully BF
(dengan bangganya)
x ade bg mkn benda lain pon..
so utk sedapkn hati mama ni
try tgk kt KIM
so ade statement dr lactation Expert
so ni sket info yg wawa nk share
..happy reading..





(Muhammad Adeeb Dhaifullah)
5 mth @ 8.05kg


Adalah normal bg bayi yg menyusu susuibu mengalami peningkatan berat badan lbh cepat berbanding bayi yg menyusu susu formula di awal 2-3bulan pertama.Kemudian berat badannya akan mula berkurangan terutamanya di antara usia 9-12bulan.

Sehingga kini,TIADA kajian membuktikan bayi yg menyusu susuibu akan menjadi individu bersaiz besar juga apabila meningkat dewasa.Faktanya,terdapat kajian menunjukkan bahawa bayi yg menyusu susuibu kurang berisiko utk menjadi kanak-kanak yg obes berbanding bayi yg menyusu susu formula.Bayi yg mengalami pertambahana berat badan lbh cepat sewaktu bayi biasanya akan menyusut berat badannya apabila mula bergolek,merangkak,berjalan dan berlari. Ini kerana dia terlalu sibuk dgn aktivitinya sehingga kadangkala kurang mkn berbanding sblm ini. Lemak yg tersimpan sblm itu digunakan sepenuhnya utk memenuhi keperluan diri utk meneruskan aktiviti fizikal di usia kanak-kanak..

Ingat! susuibu adalah makanan paling sempurna.Ia tiada kalori kosong.Amaun lemak atau kalori dlm susuibu tidak dipengaruhi oleh pengambilan lemak atau gula dlm pemakanan kita. Walaubagaimanapun,kita boleh mengubah jenis lemak di dlm susuibu dgn mengubah jenis lemak yg diambil.

Jangan sesekali hadkan penyusuan bayi dgn mengehadkan masa menyusu terus dr payudara atau menggunakan puting kosong utk mengalih perhatian bayi dgn harapan bayi mengurangkan sesi penyusuan susuibu.Tindakan sebegini boleh menggugat pertumbuhan bayi krn bayi memerlukan nutrien dan lemak utk pertumbuhan otak dan fizikal yg sihat.Hanya dgn berterusan menyusukan bayi,kita dpt memastikan bayi mendapat keperluannya dgn sempurna selain penghasilan susuibu dpt dikekalkan.

Info Dari Pn.Rita Rahayu Omar

August 5, 2011

:: Rahsia Tingkatkan Penghasilan Susu ::

Salam readers,
today wawa nk share sket ttg BF
biase la..bile ade baby + bf
for sure kne ade byk ilmu utk
lebih bsedia dr segi fizikal or mental
all is about BF

entry ni khas wawa wt
cz la ni bulan puasa
rmai sgt mommies yg merungut
susu merudum + sikit la
wawa pon tempias sket
psl penghasilan susu ni..

2 weeks b4 pose wawa demam teruk
x leh nk bangun bagai la
susu x yah citer..mmg sket n almost x kuar
menangis bgai nk rak..cmne leh jd gini
stress pon ade cz b4 ni x prnh merasai
perasaan x ada susu

so mcm2 cara wawa wt n dptkn advise
dr mereka yg mmg pakar
so ni tips utk hasilkn byk susu ye..
enjoy ur reading...

1. Kerapkan Menyusu

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4 - 5 jam. For mommies yg bekerja, smpi je rumah lps blik kje trus la menyusukn baby..jgn tggu lama k..

2. Jangan tunggu payu dara penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payu dara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payu dara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bererti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payu dara “kosong”), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Menyusu Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payu dara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payu dara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payu dara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.

4. Penyusuan Dua kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susukan dia semula. Cara ini turut merangsang payu dara untuk menghasilkan lebih banyak susu.

5. Bogelkan Bayi

Sewaktu menyusu, bogelkan bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukan pula, selimutkan dia ketika menyusu.

6. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. Penyusuan Baby Sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.

8. Fikir Bayi, Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payu dara anda. Cara ini, akan merangsang payu dara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.

9. Urutan

Teknik urutan payu dara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payu dara dengan tuala yang telah direndam di dalam sir suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeedingproblems.com

10. Minum Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari. Tips ni sgt penting, masa wawa sakit tu ari, susu berkurangan actually disebabkan kurangnya air dlm badan.


Selamat mengamalkannya...

sources: Majalah Pa & Ma, Julai 2011

August 1, 2011

Shaklee : Cara Pemakanan Shaklee Semasa Berpuasa

Assalamualaikum,
..hi semua.
wawa kembali lg selepas
cuti panjang
..bukan cuti pon but out station
kt My Hometown (JB)

Today nk share sket
cara2 nk mkn produk shaklee
during kita bpose ni..
petua ni pon dpt dr
salah sorang tokei Shaklee
bg mommies yg BF leh amalkn gak

ni cara2 nye kwn2 :
Sahur : mkn apa2 juadah at least 3 bj kurma,
3 biji Alfalfa + ESP
Berbuka : Juadah + Kurma + ESP + 3 biji Alfalfa
Mlm sebelum Tdo : Segelas ESP + 1 bji Vitalea
1 bji Vit C + 1 bji B Comp.
*Pastikan antara waktu buka + sahur mnum air yg secukupnya


So kengkawan
leh try petua ni
moga2 bdn kita sht sentiasa
insyallah susu meriah
ibadah Puasa pon
dpt diharungi penuh
bermakna....amin

wassalam, adios (*--*)

July 20, 2011

Petua Banyakkn Susu Badan

Salam Mommies sume,
Today nk share skit psl petua
utk banyakkn susu ibu

lebih2 lg bulan pose dh nk dekat ni
sure sume rsau cmne la penghasilan susu nt
wawa dpt petua ni dr sorang mommies
kt FB..dia bg petua..rsanya amalan dia baik
wawa pon dh try ckit2..alhamdulillah
berhasil...disamping still lg
consume Shaklee + MAB..

so nilah dia petikan ayat power kak tu
"Kurma mmg bantu menambahkan lagi susu badan
Pengalaman sy msa mula2 puasa dulu
baru 40 hari pantang tp darah nifas
dah kering..tkut rsau semua ade..
saya kuatkn semangat..petuanya ialah
Mkn Kurma 7 Biji + Surah Al-Fatihah + Surah 3 Qul
..Sahur mnum air byk2 n mnum lah kurma
..Kurma yg diblend dgn SuSu Segar segelas...
sama gak time bbuka..


Syukur sgt, sy cuma tgl puasa 3 hari je..
n pling best susu mmg byk..
Ingtkn puasa susu kering tp
syukur susu mmg byk..."

So kengkawan sume
mai kita beramai-ramai ikut
petua kak yg sorang ni...
tu dia khasiat buah kurma


wawa pon lupa nama dia sape
tp thx sudi share petua yg sungguh bernas..
selamat mencuba sume !!

..wassalam..



July 7, 2011

SI : SuSu Ibu

6 Kelebihan Susu Ibu Kepada Bayi

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik dalam membentuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Terlalu banyak kebaikan yang tidak dapat dihuraikan dalam satu entri sahaja. Susu ibu jika digunakan sepenuhnya, ia membantu mengurangkan kadar kematian bayi yang tinggi terutama di negara-negara yang membangun. Walaubagaimanapun anda ataupun ibu-ibu di luar sana mungkin masih lagi tidak menyedari kelebihan susu ibu anugerah tuhan.

Mengapa ingin mencari susu formula sedangkan susu ibu adalah percuma? Terdapat banyak sebab yang melanda terutama kepada ibu-ibu yang berkerjaya. Antara sebab utama ialah kekangan masa dengan kerja. Terlalu sibuk sehingga tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak. Walhal sebagai ibu, anda patut melihat setiap inci perkembangan anak anda.

1. Kandungan protein yang tinggi.

Susu ibu mempunyai kandungan protein ‘whey’ iaitu sejenis protein yang mudah diserap oleh usus badan. Nisbahnya adalah 70(whey):30(kasein). Tidak seperti susu formula, nisbah protein ‘whey’ dan kasein adalah rendah. Protein yang mudah diserap, akan digunakan sepenuhnya di dalam pembesaran bayi.

2. Mempunyai antibodi dalam memerangi jangkitan.

Susu ibu juga mempunyai antibodi yang bertindak sebagai ‘pertahanan pertama’ di dalam badan. Apabila terdapat jangkitan, badan kita mempunyai 3 lapisan pertahanan dalam memerangi jangkitan tersebut. Bolehkah susu formula melakukannya? Sudah tentu tidak. Belum ada susu formula yang memberikan antibodi yang terbaik seperti yang dapat diberikan oleh susu ibu.

3. Mengurangkan jangkitan usus.

Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bayi yang didedahkan dengan susu formula lebih awal berisiko untuk mendapat jangkitan usus seperti cirit-birit dan sebagainya. Susu ibu terbukti di dalam kajian mencegah jangkitan usus ini diperingkat bayi.

4. Menguatkan hubungan antara ibu dan bayi.

Di sini, kasih sayang antara ibu dan anak akan terbentuk akibat hormon yang dihasilkan di dalam badan. Bayi yang menggunakan susu formula, mungkin agak sukar untuk ibu membentuk ikatan bersama anaknya. Ia bagaikan satu bentuk semulajadi yang sangat kita perlukan dan tidak memerlukan teknologi untuk mencapainya.

5. Meningkatkan perkembangan mental kanak-kanak.

Terdapat kajian yang menunjukkan IQ kanak-kanak yang berumur 7 hingga 8 tahun yang mempunyai sejarah menyusu badan lebih dari 6 bulan adalah lebih tinggi daripada kanak-kanak yang menyusu kurang daripada 6 bulan. Semestinya kita mahukan yang terbaik untuk anak kita bukan? Lebih-lebih lagi ibu-bapa sekarang sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.

6. Kurang berisiko untuk mendapat alahan.

Ramai kanak-kanak di zaman moden ini mempunyai alahan seperti asma, alahan makanan, yang menyebabkan kulit gatal-gatal dan kemerah-merahan. Dengan penyusuan badan lebiLinkh daripada 12 minggu di dalam keluarga yang mempunyai sejarah alahan kadar berlakunya alahan terhadap bayi adalah lebih rendah daripada menggunakan susu formula.

Maka apa yang perlu anda lakukan?

Sebaiknya, anda harus memberikan susu badan secara eksklusif tanpa campuran susu formula sekurang-kurangnya 6 bulan. Dan itu yang terbaik dan kemudian, anda digalakkan untuk menggunakan susu formula kerana terdapat nutrisi-nutrisi yang diperlukan tidak ada pada susu ibu. Susu ibu merupakan makanan ajaib yang tuhan berikan kepada kita untuk digunakan sebaiknya dan kenapa kita di zaman kini mengabaikannya? Fikir-fikirkan

ikhsan dari : Kak Ruziah Amin

July 1, 2011

SHAKLEE i luv u!!!!

Salam guys,
ari ni jek dh 2 entry aku msukkn
ni kira rajin sgt ke or x mo wt kje kt opis
..mana2 pon leh la..
1st of all nk wish dulu kazen aku
..Bday dia ari ni..heehhe..
Happy Bday E-Jump..

K la kita berbalik pd topic..ingt x last month
aku ade wt entry psl Confinement Set
so aku nk citer sket la respond or feedback
lepas consume SHAKLEE produk ni..


mmg sgt best x terhingga..
especially utk org cm aku yg mmg x leh nk layan
jamu /ubat periuk or seanggkatannya lah..
leh gitu..hehehe

by the way, byk sgt kebaikan produk ni
nk listkn silap2 pnjng bjela lak entry aku
..so aku citer ape yg body aku terasa perubahannya k..


1. Luka Jahitan aku cpt baik
2. Darah nifas + kotor byk kuar
3. Migrain aku dh bkurang menyerang
4. Penawar sembelit + buasir : Best part
5. as milk booster utk bf : Best part
6. Kurangkn jaundice a.k.a sakit kuning pd baby : best part
7. x yah fikir nk kne mkn Jamu/Ubt Periuk

ok dear..ni antara the best progress
yg body aku dpt sepanjng consume Shaklee
since dr pantang smpi la ni..
b4 ni mkn confinement set msa patang
then continue ngn BF set..
alhamdulillah mmg superb
ni buktinya


susu aku btambah creamy
adeeb suke sgt + cepat kenyang
as milk booster ni gak buktinya
pecah rekod aku dpt pam 14oz dlm msa 45 minit..
!!im proud to breast feed my son!!

Link
ok guys, ni sikit sebanyak review yg aku leh share
doakn moga2 Azam utk fully bf Adeeb berjaya hendaknya
hopefully 2yr fully bf adeeb will be success
..Amin..

p/s : incase korang bminat nk tau psl produk SHAKLEE leh hubungi Iffa Anuar ye..clik je kt nama dia tu..dah siap wawa linkkn dgn blog dia..gud luck guys!



February 25, 2011

Confinement Set

Mornink sume,
tetiba pagi ni gatai tgn nk nulis lak
bkn gatai tgn sbb nk dpt duit, cz gaji mmg dh masyuk pon
hehehe..bile gaji dh msuk, tgn mmg semulajadi la gatai
ari ni wawa nk story sket psl BF lg..
biase la preggy kn, so mmg x kn abis la
citer psl baby, BF n so on..

smlm smpt dpt khidmat prcuma
dr member KIM (Kump. Ibu Menyusu), Pn Iffa
byk sgt dia share xprience psl BF ni..
lg pun wawa mmg tgh cr confinement set utk
2nd bb kn..ari tu dh bli set dr Mustika Ratu
aku beli pun sbb dlm tu dh siap ade pilis + param + kapsul Jamu

tp rsa cm was2 cz Adam dulu jaundice
so is not impossible 2nd bb pun sama gak kn
Doktor dh remind jgn mkn Jamu..sedih la sgt
time Adam dulu, pucat jek muka ni..mak smpi marah
dulu guna produk Leesa Formula
but x best sgt la.. :(
yg best just ginger cream dia tp x smpi sbln dh abis
huhu..tungku herba dia pon leh tahan gak la

So dis time ade duit lbih sket
why not cari produk mmg leh bantu
aku yg sgt cerewet dr kecik ni...
bkn ape kengkawan sume..mmg parents aku kate
aku ni lain dr yg lain..pelik + cerewet...:)
dh le x mkn ikan satu hal..susah tu nk msk lauk msa pantang
poning kepale mak den tau..ape nk msk utk anak dia ni
..tu yg pucat je, jamu lak x leh nk mkn

So aku google2 sket kt tenet
then jmpe la produk SHAKLEE
lepas puas hati tny kt mber n customer lain
aku decide beli confinement set + ESP + Alfalfa

siap beli utk milk booster lg sbb mmg tekad
aku nk fully BF baby nt..
byk review dr customer ttg keberkesanan produk ni
especially those yg alergi/sensetive ngn ubt or jamu
dis is alternative utk gntikn jamu la
aku rsa ni la ubt yg pling sesuai utk driku
yg tlalu payah utk di handle (mak abah yg ckp la)
td bru jek dpt call dr courier service
"Pn Wahidah, brg awk dh smpi..tlg turun ambil ye"
dgn spantas kilat aku trun..hehehe

Pn Iffa, tggu komen dr wawa ye
cmne la agaknya effect SHAKLEE product ni
kt tubuh bdan aku..hehehe
hopefully worth it la aku mbelinya
klu x sure hubby bising nt..abis duit
dok beli cm2 bnda but lastly x mkn pun sume
ehhee..sowi ye hubby...
k guys, u all leh review psl product ni kt website Pn Iffa
Faheem's Wardrobe
or leh gi kt blog dia yg sgt useful n informative
FW-Shaklee2u

see ya on nxt entry k..
wassalam..

February 22, 2011

Breastfeed


(gmbr ni kredit tu linda halim)

Salam sume,
ari ni aku nk citer sket psl BF
dulu msa anak pertama, aku nk sgt BF Adam selama yg boleh
but hajat x kesampaian dek kerana komited sgt la ngn kje
konon2 pekerja contoh la tu...hahahhaa
so impian yg lalu tu aku nk try direalisasikn
pd adik Adam..coming soon nk kuar ni..
byk gak ilmu yg aku kne tau psl BF
aku x nk tkandas cm dulu lg sbb ilmu x ckup didada

walau nmpk mudah tp perlukn hati yg kental
utk BF full time utk baby kita
rmai yg share story n experience dorang
dlm blog n facebook bout BF ni..
aku sesgt tharu tgk usaha dorang utk BF baby masing2
aku pun nk jd cm dorang
kita pun dh tau kebaikan susu ibu so why not
gunaknlah sepenuhnya

la ni aku tgh wt preparation utk
lengkapkn peralatan dat i should have b4
BF my baby during pantang n aftr pantang
of cz kne tau sbb nt dh naik kje kelam kabut lak
opismate aku pon share gak story dia..
smpi la ni dia still BF anak dia n pumping session
bjalan spt biase kt opis..no more segan silu
sume org tau dh bout BF n they really supportive

hopefully my 2nd baby leh dpt susu ibu sckupnya
aku mmg b'azam sesgt utk BF baby ni nt
doakn ye kwn2 sume...
caiyok wawa!!!!!
adios, wassalam..